Friday, December 27, 2013

Terima kasih ayah dan mak,
Doa kalian,
Membuatkan aku teguh saat ini,
Ini sahaja membuatkan kalian bangga dengan aku,
Kita bukan orang senang kan,
Inshaallah,
Aku akan buat kalian senang nanti,
2015,
Inshaallah.

Terima kasih Allah,
Kerana perkenankan doa-doa mereka,
Sayangi mereka dan permudahkan urusan kedua mak dan ayahku.

Wednesday, December 25, 2013

Dunia

Sesiapa yang dunia menjadi kepentingannya, Allah akan memecah-belahkan urusannya dan menjadikan kefakiran di depan matanya. Dia tidak akan mendapat daripada segala nikmat dunia melainkan apa yang telah ditakdirkan untuknya. Sesiapa yang akhirat menjadi niatnya, Allah akan menyatukan urusannya dan meletakkan kekayaan di dalam hatinya. Dunia pula akan datang kepadanya dalam keadaan hina dan mudah.

HR Muslim & At-Tirmidzi