Wednesday, December 24, 2014

doa agar banjir surut


sama-sama doakan mereka yang terlibat dalam banjir. tak kira samada mangsa banjir, anggota penyelamat atau sukarelawan di negeri-negeri yang terlibat dengan banjir. sepasang mata yang tengok dalam tv dan telinga yang mendengar sudah cukup membayangkan kesukaran mereka. walaupun diri hanya pernah terlibat sekali sahaja iaitu waktu study di pantai timur. siapa yang mampu menolak kuasa allah taala. 

Friday, December 12, 2014

Kuat

  Alhamdulillah, wujud lagi blog ni. Berbulan meninggalkan. Bukan tidak dijenguk sampai berhabuk, tapi tiada keberanian kata untuk dilontarkan. Log in hanya sekadar menjadi silent reader mereka dan ambil iktibar dari tulisan mereka. Kadang bila lemah lelah, aku scroll tulisan kak umairah syafie yang begitu membangkitkan semangat yang hilang.

  Hanya aku mohon Allah, pinjamkan aku kekuatan menamatkan beberapa bulan ini bergelar seorang pelatih MA. Pinjamkan aku semangat untuk terus belajar. Permudahkan jalan aku menuju redha Mu Ya Rabb.



Sunday, June 22, 2014

Memilih

Wanita mampu saja memilih untuk mengelak dari diri dikewa untuk yang ke-berapa-entah-kalinya. Tapi itulah yang namanya wanita, jiwanya mudah terusik, melepaskan mereka bernama lelaki yang sudah tentu bukan haknya terasa amat payah. Dikecewa berkali, namun bila dipujuk, mudah hatinya menyerah. Kata hati teguh seteguh kapal tongkang tapi bila dipujuk, dicurah karamel, ditaburi strawberry dan cebisan coklat cadbury terus menerima kembali. Aku sendiri confused dengan kaum ku ini.

-rumah manis

Monday, February 17, 2014

Rapuh

Hari ni aku rapuh sangat.
Walaupun bukan aku,
Tapi aku malu,
Aku sedih,
Dan tipulah aku tak menangis.

Orang boleh mula cakap-hebahkan,
Tapi bila datang balik cerita tu, banyak yang berbeza,
Aku rasa aku tak menyumbangkan apa-apa,
Ah, kenapa rapuh sangat kau ni hati,

Friday, January 31, 2014

Kalau dah jodoh.

Aku memilih duduk di surau selesai tutup buku posting. Sejujurnya, baru aku faham bila masuk alam posting. Tanggungjawab semakin nampak depan mata walaupun dalam title 'pelatih' lagi. Kejar encik sana, kejar encik sini. Berebut-rebut minta tandatangan pengesahan tutup buku. Hantar lambat, kita di soal itu ini. Sambung kembali kisah di surau, selesai Maghrib dan Quran aku baca, aku duduk-duduk. Tiba-tiba, mata tertancap pada tubuh bertelekung biru di hadapan aku. Subahanaallah, kawan tuisyen tingkatan 3 depan mata. Seakan tak percaya. Aku ambil langkah tegur dulu. Mungkin dia masih ingat pada aku, tapi mungkin rasa segan bahawa aku senior 2 sem dari dia membuatkan dia mendiamkan diri. Ahh, sebenarnya aku cuba meletakkan diri aku pada tempatnya.

Aku - Ini **** kan?

Dia memandang aku sambil tersenyum. Senyumnya aku balas. Dia duduk di depan aku sambil membalas,

Dia - Ni **** kan?

Subahanaallah, masih ingat dia pada aku.

Aku - Alhamdulillah, jodoh jumpa di Kedah. Ingat lagi tak kita pernah tuisyen sama dulu?

Dia- Saya ingat.

Riak gembira aku nampak jelas di wajahnya. Allahu, kecilnya dunia. Pusing-pusing mana orang yang sama kau jumpa. Maka berbaiklah dangan semua orang, sesungguhnya kebaikkan yang kau berikan memberi manfaat kepada diri sendiri.

Waallahu'alam.

Thursday, January 23, 2014

Namanya manusia

Apabila kau tak tahu,
Dan kau minta diri kau ditunjuk ajar,
Tapi dia membalas,
Dengan menarik muka setariknya,
Lantas membaling buah busuk di belakang kau,

Kehadiran kami bukan menghabiskan tugas kau,
Tapi datang minta diajar,
Kalau dah pandai kami tak datang tempat kau,
Memang begini aku kira,
Hidup setahun jagung dan diri hanya menagih di ajar,
Kerana memang masih belajar.